divider graphics

Monday, July 23, 2012

KUIH SAGU ATAU BRONOK OR TELUR KATAK


SALAM SEMUA... salam hari ke 3 kite berpuasa semua
Mesti ramai yang dah tahu macam mane nak buat kuih nih..
so hari ni oya nak buat kuih ni...
Sape suke makan kuih nih..ok hari ni oya nak masak kuih ni 
step by step ..
Dalam tak sehat ni still nak masak..ehhehehe sebab korang laaa yg sudi membace..
terima kasih banyak banyak semua
hokay hokay ambil kertas salin atau print screen jek..zaman dah canggih kan ...
mari laa kita mencuba kuih yang banyak sangat name ni...!!






 BAHAN BAHAN    :

1 gelas sagu
3/4 gelas gula
3 gelas air
kelapa parut (putih bersih)
sedikit perwarna merah menyala mak ngah !!!
seperti gambar di atas ye puan puan



METHOD :

*First skali nak mudah  kerja kerja sila panaskan pengukus untuk kukus kuih ini 

1. Mula mula oya panaskan 3 gelas air dengan sedikit perwarna merah di dalam kuali dan kacau

2. Bila oya dah rasa air dah sedikit mendidih ..wap wap dah naik kan.. 
oya pun masukkan sagu macam gambar no 2..
jangan lupe mase ni kene kacau dan kacau selama 5 6 minit jugak sebelum menjadi semakin pekat

3. Bila dah pekat sedikit macam gambar no 3 
..masukkan 3/4 gula takdi dan terus kacau sampai pekat dan likat

4. Kemudian sediakan bekas kaca..tuang kan kedalam bekas tersebut..berhati hati ok sebab panas
kukus sehingga hilang biji putih seperti dalam gambar dibawah (masa untuk agak lama ...lebih dari 20 minit so harap bersabar ok naik bagi batul hilang biji putih sagu tu...)


5. Last sekali  boleh menggunak sudu atau pisau tapi kuih nih agak melekat sedikit so hati2..oya guna 2 sudu kemudian gaul dengan kelapa parut putih gebu seperti di bawah yer sayang2



SELAMAT MENCUBA...SENANG JEK KAN...CUMA PERLU RAJIN JEK ..
KALAU RAJIN APE PUN JADI...

No comments:

Post a Comment