divider graphics

Tuesday, July 31, 2012

Ayam masak merah cara oya

AYAM MASAK MERAH cik oya..marilah kite main masak masak ayam masak merah plak hari ni..ramai org suke makan ayam masak merah termasuk laa cik oya...ayam masak merah ni banyak care nak masak..ade care mudah ade care susah..oya ade due jenis masakkan ayam masak merah..yang nih salah satu cara yang oya suke..ade lagi satu tau..yang lagi satu pun sedap...tapi untuk kali ni oya prefer untuk masak yang ni...eheheheheh 



Bahan-bahan:

Minyak untuk menumis (guna minyak selepas goreng ayam)

1/2 ekor ayam dipotong kecil dan digaul kunyit (digoreng separuh masak)

4 beradik  kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
(jangan banyak..3 4 biji jek n kulit kayu manis 1 btg jek)

4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar + bawang putih diblend
setengah inchi hirisan halia
1 batang serai diketuk
sehelai daun pandan

2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu tomato puree
1/2 inchi gula melaka

1 sudu besar bawang goreng 

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

2 helai daun bawang 
3-4 helai daun ketumbar


BAHAN BAHAN TAMBAHAN

1/2 cawan kacang peas (option)
1/2 Cwn kismis (option)
2 biji kentang dipotong wedges (option)

garam
gula
perasa


Cara-cara asas masak ayam masak merah 
(tanpa bahan tambahan)

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam . Goreng separuh masak. Angkat ,tos dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar Panaskan minyak dan tumis 4 beradik tadi, bila dah naik bau masukkan cili kisar tumis sekejap dan masukkan bawang kisar 
(bawang besar atau bawang kecil dan bawang putih) tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah diketuk dan daun pandan yg diikat dan kacau sebati, kemudian baru masukkan tomato puree, sos cili dan sos tomato dan gula melaka.
Kemudian masukkan bawang goreng. Tumis bagi sebati.

4. Setelah tumis kelihatan pekat  dan pecah minyak baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati kemudian  masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukdan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan masukan  hirisan daun sup dan daun ketumbar dan gaul sedikit bg rata.

SIAP UNTUK DIHIDANG..HIAS DAUN KETUMBAR DI ATAS UNTUK MENAMBAH SERI OK



CONTOH BAHAN TAMBAHAN DALAM AYAM MASAK MERAH OYA


MASUK DAUN KETUMBAR DAUN BAWANG ATAU DAUN SUP


MASUK


MASUK KENTANG YANG DIGORENG WEDGES



MASUK KACANG PEAS





No comments:

Post a Comment