Di tepi pantai yang indah arrr..ku duduk seorang diri sambil menunggu kekasih hati masuk meminang..
muheheheehhehe..duk diam duk diam nak amek gambar
Selangkah due langkah..bile oya tulis resepi kat blog heheeh rupenye ramai yang tak tahu mengenai bahan bahan nih..mari belajar anak anak murid pasal herba (herbs) atau rempah ratus orang melayu dan disusuri orang putih next time. Ramai lagi yang tak tahu rempah rempah dalam masakan..kalau ikut kan memang teramat laaaah banyak kalau nak disenaraikan..tapi hari ni oya nak ajak belajar mengenal yang asas and selalu digunakan dalam masakan..semudah belajar ABC...
jeng jeng jenejejejejenggg
mari anak anak kite kenal 4 sekawan atau 4 beradik nih..yang memang tak boleh berpisah sejak lahir
so kalau ade orang sebut,mak mertua sebut,kawan2 sebut,chef sebut 4 sekawan atau 4 beradik nih..anda terus bayangkan ini
KULIT KAYU MANIS..MANIS MACAM OYA AHHAAH!!
Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah,berasal dari keluarga Lauracea ia di katakan berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia.
so kalau ade orang sebut,mak mertua sebut,kawan2 sebut,chef sebut 4 sekawan atau 4 beradik nih..anda terus bayangkan ini
KULIT KAYU MANIS..MANIS MACAM OYA AHHAAH!!
Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah,berasal dari keluarga Lauracea ia di katakan berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia.
pokok kayu manis telah ditanamkan dari zaman dahulu di Sri Lanka , dan pohon juga ditanam secara komersial di Kerala di selatan India , Bangladesh , Jawa , Sumatera , dengan Hindia Barat , Brazil , Vietnam , Madagascar , Zanzibar , dan Mesir
kulit kayu manis Sri Lanka yang sangat tipis, halus kulit dengan warna coklat muda-kekuningan dan aroma yang sangat harum
kulit kayu manis Sri Lanka yang sangat tipis, halus kulit dengan warna coklat muda-kekuningan dan aroma yang sangat harum
BUAH PELAGA
Buah pelagan(bahasa Inggeris: cardamon) merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak zaman dahulu kala. Ia digunakan sebagai perisa dalam masakan.
Masyarakat India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis. Di Timur Tengah, buah pelaga digunakan dalam minuman teh.
BUNGA LAWANG
Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina danJepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.
CENGKIH
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok
ok sekarang kita kenal pulak 3 bahan yang dipanggil
jintan putih, jintan manis, buah keras,ketumbar
JINTAN MANIS MACAM OYA AND JINTAN PUTIH
Beza kedua kedua jintan ini ialah pada warna nya..jintan manis sedikit gelap dari jintan putih ..kegunaan dalam masakkan adelah lebih kurang dan kadang2 ianya digunakakn bersama dalam masakkan
BUAH KERAS ATAU KEMIRI
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana
Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
BIJI KETUMBAR
Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.
nanti kita belajar herbs orang putih pulak ok
No comments:
Post a Comment