divider graphics

Tuesday, July 31, 2012

Ayam masak merah cara oya

AYAM MASAK MERAH cik oya..marilah kite main masak masak ayam masak merah plak hari ni..ramai org suke makan ayam masak merah termasuk laa cik oya...ayam masak merah ni banyak care nak masak..ade care mudah ade care susah..oya ade due jenis masakkan ayam masak merah..yang nih salah satu cara yang oya suke..ade lagi satu tau..yang lagi satu pun sedap...tapi untuk kali ni oya prefer untuk masak yang ni...eheheheheh 



Bahan-bahan:

Minyak untuk menumis (guna minyak selepas goreng ayam)

1/2 ekor ayam dipotong kecil dan digaul kunyit (digoreng separuh masak)

4 beradik  kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
(jangan banyak..3 4 biji jek n kulit kayu manis 1 btg jek)

4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar + bawang putih diblend
setengah inchi hirisan halia
1 batang serai diketuk
sehelai daun pandan

2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu tomato puree
1/2 inchi gula melaka

1 sudu besar bawang goreng 

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

2 helai daun bawang 
3-4 helai daun ketumbar


BAHAN BAHAN TAMBAHAN

1/2 cawan kacang peas (option)
1/2 Cwn kismis (option)
2 biji kentang dipotong wedges (option)

garam
gula
perasa


Cara-cara asas masak ayam masak merah 
(tanpa bahan tambahan)

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam . Goreng separuh masak. Angkat ,tos dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar Panaskan minyak dan tumis 4 beradik tadi, bila dah naik bau masukkan cili kisar tumis sekejap dan masukkan bawang kisar 
(bawang besar atau bawang kecil dan bawang putih) tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah diketuk dan daun pandan yg diikat dan kacau sebati, kemudian baru masukkan tomato puree, sos cili dan sos tomato dan gula melaka.
Kemudian masukkan bawang goreng. Tumis bagi sebati.

4. Setelah tumis kelihatan pekat  dan pecah minyak baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati kemudian  masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukdan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan masukan  hirisan daun sup dan daun ketumbar dan gaul sedikit bg rata.

SIAP UNTUK DIHIDANG..HIAS DAUN KETUMBAR DI ATAS UNTUK MENAMBAH SERI OK



CONTOH BAHAN TAMBAHAN DALAM AYAM MASAK MERAH OYA


MASUK DAUN KETUMBAR DAUN BAWANG ATAU DAUN SUP


MASUK


MASUK KENTANG YANG DIGORENG WEDGES



MASUK KACANG PEAS





BUTTER PRAWN CARA OYA

Jom masak butter prawn...ada tiga step nak buat butter prawn nih ok...
sebelum tuh amek bahan bahan die dulu ok...



BAHAN BAHAN  


BAHAN BAHAN STEP A (egg crumb)

Telur kuning 2 biji
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan butter

BAHAN BAHAN STEP B

7 - 8 Ekor udang sederhana
(dibelah belakang)
minyak untuk menggoreng

BAHAN BAHAN STEP C (TUMIS)

2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan butter
5-6 biji cili api dimayang
2 biji bawang putih dichoped (option)
Daun kari (mcm dalam gambar tu oya gune 2 batang daun kari )
susu cair 
garam/perasa




STEP A (egg crumb)


1.  PANAS KAN MINYAK 


2.  MASUKKAN BUTTER


 3. TUNGGU BUTTER MELT SEKEJAP


 4.PUKUL TELUR KUNING TAPI JGN SAMPAI TERLALU KEMBANG




 Bila butter dah cair dalam minyak..tuang telur kuning kedalam dgn perlahan2 
dan dengan munggunakan garfu atau wirewisk..kacau telur tuh tanpa berhenti sehingga naik buih seperti gambar di bawah ni...Kemudian bile telur dah nampak garinf sedikit...angkat menggunak kan senduk besar..angkat dengan buih buih sekali ok masuk kedalam penapis dan biarkan minyak turun dengan sendiri




toskan macam ni yep...biarkan jek minyak turun

STEP B





 STEP C (TUMIS)

Panaskan sedikit minyak masak
masukkan  butter kedalam minyak dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau masukkan cili api ..kemudian masukkan susu cair..(make sure api perlahan bila nak masuk susu sebab susu cepat hangit/kuali akan cepat hangit...kacau sekejap pastu masukkan udang..gaul sampai sebati ...perasakan..kemudian tutup api..hidang dan tabur hampas telur yang kite masak takdi

TAK PAHAM LEH WHATSAPP OR MSG OYA OK!!!

Monday, July 30, 2012

Air Asam

RASA NAK MAKAN IKAN BAKAR DENGAN AIR ASAM JEK BULAN2 PUASE NIH KAN..SO APE KATE KITE BUAT AIR ASAM ...SEDAP NYE LAYAN IKAN BAKAR NGN AIR ASAM...
JOM SEDIAKAN BAHAN BAHAN NAK BUAT AIR ASAM YANG SANGAT MUDAH NIH...


Bahan Bahan Air Asam :

6 - 7 biji cili padi*
1 biji tomato (size sederhana)*
2- 3 biji bawang merah*
Jus asam jawa
1 sudu sos tometo
sedikit lada hitam (serbuk)
garam
gula

Cara cara :

Potong semua bahan bertanda * kiub
 dan mayang halus2

Kemudian bancuh air asam jawa
tambah tomato sos
masukkan bahan yg dipotong/dimayang
masuk sedikit serbuk lada hitam
perasakan dengan garam dan gula

SIAP!!!



Thursday, July 26, 2012

IKAN SIAKAP 3 RASA SAYANG OYA

HAREM HAREM HAREM... hehehee ini ikan update sebab ibu mengandung jek nih...kalau tak ..memang tak sempat laa kawan nak hapdate ikan 3 rasa ini yep kawan kawan ...to LAILY ISMAIL 
selamat mencuba yer ibu mengandung yer...kalau dah masak anto laa sikit umah teman nih hah...PUCUK MANIS sebagai balasan ok...
amek pen and kertas pastu tulis ape oya nak bagi tahu nih...ehehheehhe




 SIAKAP MASAK TIGA RASA 

BAHAN BAHANYA:

1 ekor ikan siakap 
garam
tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuah/sos 3 rasa

2 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
2 ulas bawang merah- mayang
1 batang serai dimayang serong 
1/2 inchi halia dimayang (mcm btg mancis) atau name lain julliene
2 helai daun purut (dibuang tulang tgh)
5 biji cili api - dimayang  
1/2 serbuk lada hitam
1 sudu besar cili blend
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos ikan
1/2 gula melaka
3/4 cawan air

1 1/2 sudu kecil tepug jagung 
dibancuh sedikit air
Garam dan gula



BAHAN TAMBAHAN (OPTIONAL)
(nak sedap tambah dalam kuah/sos)

1 keping nenas - di dadu kecil
capsicum/lada benggali merah,kuning,hijau(potong dadu/)
1 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
bunga kobis
carrot (potong mcm batang mancis)




CARA CARANYA

*SOS ni atas korang nak banyak mane..so kalau korang nak sos lebih korang lebih lebihkan bahan2...memasak kadang kite takleh ikut 100% resepi ditulis kan..harus kreatif and tahu anggaran..sbb oya masak sebenarnye ikut anggaran sendiri

1. Ikan dibersih dan ditos..kemudian gaul dengan sedikit garam dan tepung..panaskan minyak dan goreng..kalau oya goreng biasenye garing sikit jek..sebab kalau terlalu garing nanti isi jadi keras..
Bila ikan dah masak angkat tos dan ketepikan

2. Kemudian tumis bawang putih ,bawang merah ,serai, halia dan cili api dan serbuk lada hitam..kemudian masuk kan daun limau purut..gaul sehingga naik bau/harum..

3. Masukkan cili blend dan tumis sekejap dalam 2 3 minit pastu masuk sos cili,sos tomato,sos ikan dan gaul sebati  masuk pula gula melaka kemudain masuk kan nenas,capsicum or ape sahaje korang nak masukkan..kalau carrot tuh boleh masuk awal2 sikit then bagi masak baru masuk sayur lain

4. Bile dah masuk air sedikit dan masukkan tepung jagung yang dah dibancuh.

4. Kacau sebati kemudia perasakan ..rase die masam manis ok..kalau kurang masam tambah CUKA..Kalau kurang manis tambah garam..ehh gurau jek..kalau kurang manis tambah laaa GULA..MUHEHEEHE

LEPAS DAH PEKAT N PUAS HATI ..TUTUP API NAK BOLEH TUANG ATAS IKAN..

SELAMAT MENCUBA!!!











Monday, July 23, 2012

KERABU SAYUR ALA ALA OYA

JENG JENG JENG Hari ni terpakse hapdate kerabu nih sebab ramai dah yang bertanya..so marilah kita belajar mcm mane nak masak nih KERABU ala oya




BAHAN BAHAN: 

sayur pilihan hati korang iaitu..ikut suke korang nak yang mane..so kat bawah ni oya bagi pilihan mane mane korang rase nak makan and buat

1. Tauge,pucuk paku
2. Pucuk ubi dan tauge
3. Tauge pucuk paku n kerang
4. Tauge sahaja

petua : kalau korang nak dapat kerabu yang elok..sayur seperti pucuk paku dan pucuk paku..di cuci kemudian disiram dengan air panas dan tos ..kemudian baru potong

dan jangan lupe celur sekejap dalam air panas yang dititik sedikit minyak

BAHAN UNTUK KELAPA

2 -3 ekor ikan selayang dipanggang(diambil isi)*
3 biji Bawang merah*
2 bawang putih*
1 batang serai-mayang*
garam
kelapa parut

cara cara nya :

Bahan bahan bertanda * ditumbuk sekali menggunakan lesung sehingga lumat 
kemudian masukkan garam..selepas itu gaul dengan kelapa parut

BAHAN B

3-6 biji cili api (ditumbuk halus)

cara cara nya :

tumbuk cili api dan kemudian panas kan kuali  dengan api sederhana kecil 
goreng kering bersama bahan A OK!! 
kemudian masukkan sedikit gula..garam  letak siket jek ok...tutup api dan letak dalam bekas..

ok next...sayur yang dah siap celur potong semua tuh korang boleh gaul dengan kelapa goreng ni..lepas tuh perasa kan dengan jus limau atau cuka mengikut masam korang nak yer sayang

selamat mencuba!!!






KUIH SAGU ATAU BRONOK OR TELUR KATAK


SALAM SEMUA... salam hari ke 3 kite berpuasa semua
Mesti ramai yang dah tahu macam mane nak buat kuih nih..
so hari ni oya nak buat kuih ni...
Sape suke makan kuih nih..ok hari ni oya nak masak kuih ni 
step by step ..
Dalam tak sehat ni still nak masak..ehhehehe sebab korang laaa yg sudi membace..
terima kasih banyak banyak semua
hokay hokay ambil kertas salin atau print screen jek..zaman dah canggih kan ...
mari laa kita mencuba kuih yang banyak sangat name ni...!!






 BAHAN BAHAN    :

1 gelas sagu
3/4 gelas gula
3 gelas air
kelapa parut (putih bersih)
sedikit perwarna merah menyala mak ngah !!!
seperti gambar di atas ye puan puan



METHOD :

*First skali nak mudah  kerja kerja sila panaskan pengukus untuk kukus kuih ini 

1. Mula mula oya panaskan 3 gelas air dengan sedikit perwarna merah di dalam kuali dan kacau

2. Bila oya dah rasa air dah sedikit mendidih ..wap wap dah naik kan.. 
oya pun masukkan sagu macam gambar no 2..
jangan lupe mase ni kene kacau dan kacau selama 5 6 minit jugak sebelum menjadi semakin pekat

3. Bila dah pekat sedikit macam gambar no 3 
..masukkan 3/4 gula takdi dan terus kacau sampai pekat dan likat

4. Kemudian sediakan bekas kaca..tuang kan kedalam bekas tersebut..berhati hati ok sebab panas
kukus sehingga hilang biji putih seperti dalam gambar dibawah (masa untuk agak lama ...lebih dari 20 minit so harap bersabar ok naik bagi batul hilang biji putih sagu tu...)


5. Last sekali  boleh menggunak sudu atau pisau tapi kuih nih agak melekat sedikit so hati2..oya guna 2 sudu kemudian gaul dengan kelapa parut putih gebu seperti di bawah yer sayang2



SELAMAT MENCUBA...SENANG JEK KAN...CUMA PERLU RAJIN JEK ..
KALAU RAJIN APE PUN JADI...

Sunday, July 22, 2012

ROASTED LAMB...


 CUCI MATA DULU OK..NANTI OYA HAPDATE NIH..








MASAK LEMAK NENAS DAN IKAN KERING

PUASA PERTAMA -
 MENU PERTAMA BULAN PUASA OYA MASAK

Hari ini kita masak lemak nenas and ikan masin..sebab tak berape nak sehat so oya sempat update yang nih sahaje..nanti ade mase oya update yang lain..




BAHAN A

3 Biji cili besar*
8 biji cili api (kalau nak pedas lagi tambah lagi)*
2.5 inc kunyit hidup*

Blend/tumbuk semua bahan bahan bertanda * macam gambar di atas

BAHAN B

Ikan kering lembab (tenggiri ,terubuk dll)
sebiji nenas sederhana dipotong kecil kecil
1.5 inc lengkuas (option)
2 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
2 sudu minyak masak
garam/perasa
santan cair (dicampur air)
Ibu santan (santan pekat)
Ade orang masak guna sekali jek santan..oya uat dua kali

Panas kan sedikit minyak masak untuk menumis
tumis bahan A yang di blend takdi sampai naik bau kemudian masukkan ikan masin dan gaul kemudian masuk serai dan lengkuas...gaul sekejap...kemudian masukkan santan cair
kemudian biakan sekejap
kemudian masukkan nenas yang dah dipotong kecil (jangan lupa tos supaye takde air)
kalau boleh jangan tambah air dahalu sebab air nenas akan turun
kemudian masukkan perasa/garam (garam jgn banyak sebab ikan dah masin)
bila dah sedikit menggelegak masukkan daun limau purut..biarkan sekejap..
bila nenas dah nampak lembut..boleh laa tutup api..
ok siappp!!

SELAMAT MENCUBA








Friday, July 20, 2012

Ais Krim Goreng Cik Oya

Ape pasal name die aiskrim goreng cik oya sebab rupenye mcm oya ...bulat getel 
...boleh buat main bowling nih...kekekekeek ..so jom oya nak share care2 uat aiskrim goreng...




 Salam semue...ouh janji melayu oya. cakap nak hapdate ari pertame tarawih tuh..
tapi ta post...maap maap maap..oya x sehat..sakit perut ...x bukak pun blog
OK HARI NI OYA POST AISKRIM GORENG CARA OYA!!!

1 Bungkus roti
Aiskrim ape jek perisa (oya suke vanila)
1 cawan Tepung gandum
sedikit air (untuk bancuh tepung)
telur sebiji

Mula mula buang kulit roti kat tepi tepi tuh..
lepas tuh bancuh tepung dengan air bersama telur sebiji
Lepas ambil sekeping roti then u olls letak aiskrim dalam satu skop
ambil roti sekeping lagi dan letak di atas roti yang ada aiskrim takdi kemudian buat bentuk bulat dengan cara menggumpal bulat dan celup dalam tepung yang kite bancuh takdi...
simpan dalam peti ais sekejap..lepas tuh panaskan sedikit minyak then goreng sampai goleden brown..

INSYALLAH KALAU OYA BUAT LAGI SEKALI
OYA MASUKKAN GAMBAR STEP BY STEP OK!!


Thursday, July 19, 2012

DEMI GLACE..APE TUH!!


KORANG KENA BACE INFO BAIK NIH

assalamualaikum..
salam jumaat semua..ok hari ni tajuk perbincangan kita ialah DEMI GLACE..ape itu DEMI GLACE..kebanyakan orang yang suke masak and memang tahu pasal masak tahu ape itu DEMI GLACE..so korang yang yang tak tahu DEMI GLACE ..meh sini nak share sikit info pasal benda nih...

korang suke makan tak steak??? kalau korang suka steak and order steak.. abang2 and akak2 kak kedai yang amek order tuh tanye.. "akak nak sauce ape?" "kami ade black peper sauce,mushroom sauce,rosmery sauce and bla bla bla bla..korang dengan muka bangge pun cakap laa nak black peper sauce ...tapi korang tau tak macam mane sauce tuh dibuat.???? muheheheheh

DEMI GLACE

Demi glace .."brown stock" dalam masakan Perancis yang digunakan sebagai BASE UTAMA untuk membuat sos atau masakan lain ..biasenye kite gune chicken stok atau fish stock untuk masak clear sup...so untuk sos black peper,mushroom sauce or sos sewaktu dengannya kita mengguna kan demi glace ni sebagai base

MACAM MANA NAK MASAK DEMI GLASS NI??

Kalau korang rajin..korang boleh masak sendiri demi glace ni..tapi rajinkah korang..
oya sendiri malas nak masak bende ni..heheeh..sebab ambil masa 6 jam, 8 jam kadang2 24 jam...
hanya kebanyakan resataurant atau hotel2 sahaja uat benda demi glace nih sendiri..
antara bahan bahan yang digunakan untuk buat benda ini terdiri dari pada tulang tulang daging lembu,air,mirepoix(bawang,saderi,carrot), bouqet garni dan tomato puree..korang kene bakar dulu tulang2 tuh then masak dalam kuantiti air yg banyak bersama mirepoix,tomato puree and bouqet garni tuh sampai betul betul jadi stock..hamek..so rajin lagi kah korang nak membuatnye..tak rajin kan...kalau tak rajin..korang boleh pergi giant or tesco or mane kedai kedai..sebab semue nye sudah ade yang segera ...sume segera jek sekarang..




CONTOH DEMI GLACE



INI CONTOH BAHAN BAHAN YANG ADE DLM DEMI GLACE SELEPAS DIMASAK


INI YANG SEGERA..BRAND KNORR



SO LEPAS NIH KORANG LEH GUNA YANG SEGERA
NI UNTUK MASAK PELBAGAI SAUCE OK...WEHOOOO