divider graphics

Tuesday, November 27, 2012

Roasted chicken with baked potatoes carrot and cauliflower





Salam semua.. Hari ni nak masak ayam... Sebab banyak sangat potatoes and ade ayam yg mak beli.. So terjadi laaaa masakan ni hari ni.... Dan resepi ni buat kakak ipar saya dalam pantang... Hihihi

Oya tak letak kuantiti resepi tapi oya letak cara masak mcm dalam gambar (resepi utk seekor ayam) korang nak potong kecil boleh nak buat seekor pun boleh:

1) rebus kentang, garlic dan lemon tapi jangan sampai kentang empuk... Separuh empuk sahaja ok..kemudian tos

2) mirepoix carrot dengan cauliflower .. Besar2 sikit sebab nanti masak kecut plak!!

3)) tumbuk fresh rosmery,thyme dan garlic yg direbus takdi sehingga lumat.. Kalau takde rosmery fresh boleh guna yg kering tapi yg fresh mesti lagi sedap...

4) ambil mangkuk letak butter yg dah lembik atau lembut pd suhu bilik.. Taknak yg keras susah nak sapu atau ayam.. Tp dalam resepi oya guna atau ganti dgn olive oil sebab nak masak untuk kakak ipar dalam pantang...(resepi asal guna unsalted butter tp oya ganti olive oil utk kakak ipar dalam pantang)

Butter atau minyak dicampur dengan sedikit garam, 2 sudu lada hitam (nak lebih pun boleh), brown stock satu sudu besar, serbuk perasa kalau korang nak letak dan bahan no.3 yg ditumbuk takdi

5) perah sedikit lemon yg direbus takdi diatas ayam dan bahan no.4 di sapu pada ayam,kentang, carrot, cauliflower sehingga rata kemudian susun diatas trill pembakar

*Kalau korang masak seekor (whole) korang sumbat lemon dalam bontot ayam tu tapi jgn lupe cucuk lemon tu dengan garfu... kalau korang guna butter sumbat butter and lemon yg dicucuk dgn garfu sumbat dalam ayam

Panas oven dan masak dlm 180c to 200c dalam masa 20 minit kemudian tambah masa kalau ayam tak masak lagi.. Rasenye dah masak









Saturday, November 3, 2012

Sayur cendawan + brokoli garlic

Bahan bahan

Brokoli
Cendawan kering (direndam sampai lembut dan dipotong)
1/2 labu bawang putih dicincang lumat
1 sudu makan Sos tiram
Garam
1 sudu mkn Butter

Panas kan butter kemudian masuk garlic yg dincincang.. Tumis sampai naik bau.. Kemudian masukkan brokoli dan cendawan serta sos tiram... Masak sehingga sayur masak dan masukkan perasa.. Ok siapppp!!!!!

Daging bakar simple

500g daging
1sudu kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan perasa secukup rasa...
Satu sudu makan minyak

Gaul kan semua bahan diatas da grill di atas pemangang ajaib...

Sambal kicap

Kicap manis
1 labu bawang dimayang
3 biji cili api dimayang
Sedikit lada hitam
Garam

Sedikit sos tomato

Bahan bahan ni nak diblend sekali pun boleh atau campur dalam kicap manis sahaja bahan yg dimayang..

Lepas tu baru letak sedikit sos tomato

Udang sweet sour

Udang ni kegemaran adik adik oya... Tak tahu laaa ape yang sedap.. Maybe sebab manis manis kut

Friday, November 2, 2012

Bubur nasi

1/2 cawan beras dicuci
Garam
5 cawan air

Masak semua beras, air, dan sedikit garam di atas dapur sampainak kering air tambah lagi air panas tambah dan tambah sampai nasi jadi bubur dan pekat ... Make sure tambah air panas ok!!!

Hiasan

Telur masin
Ikan masin
Bilis
Cili api
Lobak jeruk
Kicap
Daun bawang
Bawang goreng

Masak lemak telur itik masin

Resepi ni sangat senang mudah dan ringkas .......


5 biji telur itik masin

2 tangkai cili besar*
3 4 tangkai cili api*
ibu jari kunyi hidup*
1 sudu bilis *

1 batang Serai diketuk
11/2 inci Lengkuas
2 kpg asam keping

2 gelas air

Santan (guna kara kotak kecik)
Atau santan rm2.00

Cara cara

Blend atau tumbuk sampai lumat bahan *
Kemudian panaskan air dalam periuk lepas itu masukkan bahan yg di blend atau tumbuk takdi *
Kemudian masuk kan serai, lengkuas dan asam keping...
Masukkan santan kemudian bile gelegak (betul ke eja ni) skit tuh terus pecah satu biji telur demi satu...
Before masuk perasa ... Rasa dulu.. Kalau tawar baru masuk garam.. Kalau jangan masuk sebab telur tuh dah masin ok...selamat mencube... Mwahhhhh...

Hati hati jangan sampai santan pecah nanti jadi x berlemak n tak sedap :D

Thursday, November 1, 2012

Ayam masak merah hari raya qurban

Pasta (spaghettiiii),beeff with rosmery sauce

Bahan bahan A :

Spaghetti (mark&spencer) diakui oleh shikin die kate sedap....

Minyak

Garam

Bahan bahan B :

500g daging dipotong nipis2! (Gaul dengan black peper dan garam)

1 sudu demi glassss/ brown stock

1 batang fresh rosmery

1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu besar butter

Sedikit (chopped carrot,celery dan bawang...)

Cara cara :

Rabus bahan A 11 minit (aldente)

Kemudian grill daging sampai masak letak tepi

Dalam kuali yang lain panaskan butter kemudian masukkan choppeddd carrot bawang,celery. Dan black pepppperrrr. Tumis sampai layu kemudian masukkan brown stock yg dibancuh dgn air panas dan masukkan daun rosmery... Kacau sampai sedikit pekat dan masuk kan perasa....jgn byk tkot masin sbb butter dan masin... Kemudian masuk daging grill tkdi.. Kacau dan tutup api.. Potong 3 kiub butter letak kat dlm kuah biar cair sendiri.. Lepas tu letak pasta dlm pinggan and letak laaaa sauce daging takdi kat atas ... Ok siap.....

Ayam masak sos tiram LONDON

Ehehhee resepi ni oya dapat dari umi kat london.. Umi ckp orang putih suke makan ayam ni.. So kite cube masak ayam sos tiram.. !!!

Bahan bahan A

1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan bahan B

5 sudu makan sos tiram
Sedikit halia dimayang nipis nipis
1 biji bawang besar di slice bulat
2 biji bawang putih
Sedikit lada hitam
Sedikit capsicum warna kuning, hijau dan merah ( potong ikut suke korang)
2 sudu makan Minyak goreng ayam
Garam dan perasa yg dibenarkan :D

Cara cara :

Gaul ayam dengan kunyit dan garam... Goreng separuh masak boleh nak goreng masak terus pun boleh...angkar tos dan biarkan kat tepi

Dalam kuali yg same atau kuali lain menggunakan sedikit minyak ayam takdi tumis bawang putih dan halia....kemudian masukkan lada hitam ,sos tiram dan capcicum.. Kemudian masukkan ayam.. Gaul rata .. Kalau tak cukup sos tiram masukkan lagi.. (And oya letak kicap manis sedikit sahaja...) pastu masukkan bawang besar,garam dan perasa gaul dan masak sampai bawang layu...lepas tu tutup api.. Siap dihidangkan..... :D

Wednesday, October 17, 2012

Tempe goreng kicap



Bahan-bahan


2 paket tempe - potong 4

2 sudu besar tepung gandum
Secubit Lada hitam
Garam
Secubit Serbuk Kunyit
Air

Minyak utk mengoreng!

Cara cara :

Semua bahan A dicampur dan panaskan minyak.. Kemudian celup tempe dalam tepung dan goreng sampai kekuningan

Sambal Kicap

5-10 biji cili api ( ikut pedas korang nak)
Sedikit Garam
sedikit gula
3 ulas bawang putih - digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan kicap pekat

Perahan Limau nipis atau lemon atau limau kasturi

Cara cara:

Semua bahan diblend selepas siap blend masukkan perahan limau...jgn byk sgt nanti masam!!!!

Lala goreng cili oya style (SOS THAI)



BAHAN BAHAN

Lala bahan utama ofcoz la kan..
banyak mane korang nak goreng terpulang ok..
sekilo byk tak..hish tak tahu laa main beli jek lala ni

Bahan A
3 biji Cili besar (ditumbuk)
3 biji cili api merah (ditumbuk)
2 biji bwg putih (ditumbuk)

Bahan B
1 batang serai dimayang
Seibu jari Halia dimayang
2 helai daun limau purut
Perahan lemon/limau nipis (ganti cuka)

Bahan C
1 sudu bsr Sos cili THAI
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar stok ayam cair
1 sudu bsr sos tiram

1/2 Buat tomato (dipotong nipis)

Garam/gula/perasa

Cara cara :

Panaskan minyak.. Tumis bahan A yg ditumbuk... Kemudian masukkan semua bahan B kacau sampai naik bai masukkan bahan C.. Masukkan lala dan kacau rata.. Kalau keringasuk sedikit air.. Last masuk tomato buah dan garam or perasa.. Tp hati2 sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.. Kalo x masin baru tambah garam or perasa ok...




Sayur pucuk keledek!


Bahan bahan :

Pucuk keledek

1 ulas Bawang putih
1/2 sudu besar bilis
3 biji cili api hijau

1 biji bawang merah mayang
Minyak untuk menumis
1/2 cawan air
Garam/serbuk perasa

Resepi paling senang ringkas.. Tutup mate pun boleh masak... Cuci dulu pucuk keledek bersih bersih... Kemudian tumbuk bwg putih,cili api hijau dgn bilis sampai sederhana lumat... Panas kan minyak dan tumis bahan tumbuk.. Dah wangi masuklaaa sayur keledek dan kacau.. Da layu sikit masuk bawang mayang dan air... Gaul sebati.. Letak perasa.. Tutup api hidang ngn nasi!!!!

I love terengganu

Selamat melawat terengganu ... Heeheheh kenape sy sayang terengganu... Tadaaa.. Tgk laa betape byk nye kuih muih yg sedap lagi murah...nih gambar amek time jalan jalan cari makan.. Ya allah memang banyak sgt kuih sampai yg penah makan kepade x penah makan langsung.... Ngeeeeee!!! Dtg terengganu jgn lupe try woleh... Veryvery murah

ROLL ROLL ROTIII!



SOS SALATAH HARA NASI ARAB


ZABADI ZABADI ZABADI !!!

SAYANG TOLONG LAAA CUCI MATE..AKAK NAK REHAT NANTI AKAK HAPDATE







NASI ARAB WARNA TERANG =)

cuci mate dulu ok....nanti oya tulis resepi...oya nak siap siap bungkus baju nak gih holiday...ops!!



Tuesday, October 16, 2012

SEKITAR JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA TV3 DAN IKRAM DINZLY

CIK OYA  dijemput dalam Segmen JEMPUT MAKAN dgn ikram ..
3 hari oya bersama dengan team jalan jalan cari makan sekitar terengganu...
thank you tv3 and team jjcm sebab bagi makan free + hotel bilik sorang lagi
Team JJCM nih memang bst and gile2...bab cakap mesti pasal makanan ofcoz la kan...
Tapi paling best bile dapat tgk dorang  buat rakaman jalan jalan cari makan..hehhehe
baru i tahu orang terengganu nih baik2 and tak menggagu orang buat kerja dan pemalu  '

tapi i jek tak tahu malu muhehehehe..






AGLIO DE OLIO KEDUE!!


AGLIO DE OLIO SOSEJ



bahan bahan 

spaghetti direbus dengan olive oil dan garam

daun bawang
bawang putih
lada hitam
chillis flakes
minyak zaitun 
and sesudu butter

sosej atau seafood (udang,sotong )

garam dan perasa

CARA CARANYA :

*SPAGHETTI TUH REBUS SIAP2 DALAM AIR BERSAMA
 MINYAK ZAITUN SAMEON DAN SEDIKIT GARAM YEAH !!

 KALAU CARA I NAK MATIKAN PROSES MASAK RENDAM DALAM AIR SEJUK YG ADE AIS..

 SELEPAS MASAK TUTUP API DAN MASUK DALAM AIR AIS SUPAYA PASTA KITE TAK TERUS MASAK DAN SEDAP DIMAKAN NANTI...

*didalam kuali panaskan minyak zaitun dengan sedikit butter tumis bawang putih dengan daun bawang,lada hitam dan sosej atau seafood sampai masak..lepas tu masukkan pasta dan chillis flakes (takde chilli flakes ganti dgn chilli kering yg dipotong kecil2) lepas tu masuk perasa gaul sebati dalam 5 6 minit...tutup api and hidangkan..


AGLIO DE OLIO PERTAMA!!!!



BAHAN BAHAN


bahan bahan 

spaghetti direbus dengan olive oil dan garam

daun bawang
bawang putih
lada hitam
chillis flakes
minyak zaitun 
and sesudu butter

sosej atau seafood (udang,sotong )

garam dan perasa

CARA CARANYA :

*SPAGHETTI TUH REBUS SIAP2 DALAM AIR BERSAMA
 MINYAK ZAITUN SAMEON DAN SEDIKIT GARAM YEAH !!

 KALAU CARA I NAK MATIKAN PROSES MASAK RENDAM DALAM AIR SEJUK YG ADE AIS..

 SELEPAS MASAK TUTUP API DAN MASUK DALAM AIR AIS SUPAYA PASTA KITE TAK TERUS MASAK DAN SEDAP DIMAKAN NANTI...

*didalam kuali panaskan minyak zaitun dengan sedikit butter tumis bawang putih dengan daun bawang,lada hitam dan sosej atau seafood sampai masak..lepas tu masukkan pasta dan chillis flakes (takde chilli flakes ganti dgn chilli kering yg dipotong kecil2) lepas tu masuk perasa gaul sebati dalam 5 6 minit...tutup api and hidangkan..




AYAM ROSMERY


hiyak hiyak mari main masak masak dengan ayam rosmery hari ni...simple and rase not bad laa..ini kerja orang yg dah tak tahu nak masak ape kan..soade rosmery dry ape lagi..ayam pun ade..kasi masak laaaa..hehhehe..janji rajin jgn malas2!! 


BAHAN BAHAN :

bahan A

5 atau 6 ketul ayam 
 (dipotong sederhana kecil)

1 sudu makan tepung jagung

1 biji telur

minyak untuk menggoreng

bahan B

rosmery leaf (fresh or dry)

lada hitam 

garam/perasa 

brownstock (bancuh dgn sedikit air)


CARA CARA :

Mula mula gaul ayam dengan tepung then celup dalam telur yg dipukul
lepas itu masukkan ayam dalam kuali yang minyak nya dah dipanas terlebih dahulu

Bila ayam dah separuh masak..masuk kan brown stock yang dibancuh dengan sedikit air
dan rosmery leaf dan lada hitam..gaul sebati lepas itu masuk kan sedikit garam..JANGAN BANYAK SEBAB BROWK STOK DAH MASIN OK...gaul sebati sehingga ayam masak..
tutup api dan hidangkan










ROASTED CHICKEN AND POTATOES BAKED WITH AGLIO DE OLIO







penantian itu satu penyeksaan..ramai jugak tanye resepi n i..ini senang sahaje ni...orang malas pun boleh masak ni..janji orang malas tuh kene rajin kompem jadi masak AYAM ROASTED NGN POTATOES BAKED NIH KAN!!!!

MARI MENCUBA SEMUA...

RESEPI ROASTED CHICKEN + POTATOES BAKED

3 biji kentang (sederhana dipotong wedges)
5 6 ketul ayam dibersihkan
1/2 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil lada hitam

1 1/2 sudu rosmery dry 
atau gune fresh rosmery

2 helai bay leaf

sedikit minyak zaitun untuk gaul dengan ayam

2 sudu besar brown stock

garam/serbuk perasa

CARA CARANYA :

CAMPUR SEMUA BAHAN DIATAS KECUALI AYAM DENGAN KENTANG
lepas tu baru bahan yang dah dicampur digaul dalam ayam dan kentang
 ..kalau macam kering tambah sedikit lagi minyak...dan kemudian panas kan oven 
bakar ayam dalam 200c dalam mase 15 minit..kemudian tgk ayam dan kentang dah masak belum..kalau belum tambah lagi dlm 8 to 10 minit...tapi kene tengok2 jugak ok..sebab kadang2 oven kite lain lain..ade jenis cepat masak..ade jenis cepat jek masak...

p/s: garam jangan banyak sebab brown stock tu dah masin ..so ape pun rase dulu ok!!!

SERVE DENGAN PASTA

PASTA direbus dan dimasak dengan sedkit butter dan daun bawang dan letak perasa




















CREAM PUFF ALA ALA KECIK BESOR KECIK BESOR JEK!!!




MAAF LAA CREAM PUFF OYA KECIK BESOR MACAM TUAN NYE HEHEHEEH

Lamenye tak hapdate belogs nih...jangan kate sarang labah2..sarang burung sekali ngn sarang buaye ade kat sini..hehehhe so hari ni sbb kan rajin oya nak hapdate krim puff nye resepi ...tapi dalam ayat omputih boleh ke??? tapi buat dalam kuantiti yang banyak mcm nak makan 10 atau 15 orang dewasa size badan mcm oya..

OK JOM KITE TRY MASAK KRIM PUFF

choux paste :

375 ml air
125g Usalted  butter
sedikit garam 
240g tepung kek 
5nos.telur

(kalau nak buat sikit korang bahagi due adunan nih)

* mula mula boil air,butter and garam bersama di dalam pot sehingga butter cair
* kemudian masukkan tepung kek dan kacau sampai adunan menjadi doh dan tak melekat pade pot
* keluarkan dan masuk dalam bekas yang kite nak putarkan nanti tunggu sehingga doh suam
*  kemudian biloe doh dah suam masukkan telur dan esen vanila then putar dgn pemutar (machine mixing) 
* keluarkan adunan dan masukkan kedalam piping beg dengan menggunakan nozzle bintang..
* piped doh mengikut shape korang nak..memanjang ke..bulat ke..ikut suke la ok..
* pastu jgn lupe panaskan oven 200°C sampai goleden brown gitu..(20 to 25 minit)

kastard (cream) :
300
ml
fresh milk
100
g
gula



50
ml
fresh milk
40
g
tepung jagung
2
nos.
telur kuning
1
Tsp.
vanilla essence


(korang bahagi due resepi ni kalau taknak banyak ok)


Boil susu bersama gula..
dalam bekas lain, kacau 50ml susu dgn tepung jagung dan telor kuning hingga sebati
pastu masuk kedalam susu dan gula yg dah di boil takdi dan kacau hingga sebati dan pekat
last sekali masuk vanilla essen...
kemudian tutup api dan cover dgn plastik supaya tak kering..
dah suam masuk kedalam piping beg 

boleh laa nak pipe kedalam puff kite takdi..
SELAMAT MENCUBA SEMUA 





Wednesday, August 1, 2012

KitchenAid Artisan





GILE SEKEJAP TENGOK BRAND KITCHENAID NIH KAN..KALAU PERGI BANGSAR OR MANE2 KEDAI ..KALAU NAMPAK BRAND NIH...BOLEH PENGSAN