Salam semua.. Hari ni nak masak ayam... Sebab banyak sangat potatoes and ade ayam yg mak beli.. So terjadi laaaa masakan ni hari ni.... Dan resepi ni buat kakak ipar saya dalam pantang... Hihihi
Oya tak letak kuantiti resepi tapi oya letak cara masak mcm dalam gambar (resepi utk seekor ayam) korang nak potong kecil boleh nak buat seekor pun boleh:
1) rebus kentang, garlic dan lemon tapi jangan sampai kentang empuk... Separuh empuk sahaja ok..kemudian tos
2) mirepoix carrot dengan cauliflower .. Besar2 sikit sebab nanti masak kecut plak!!
3)) tumbuk fresh rosmery,thyme dan garlic yg direbus takdi sehingga lumat.. Kalau takde rosmery fresh boleh guna yg kering tapi yg fresh mesti lagi sedap...
4) ambil mangkuk letak butter yg dah lembik atau lembut pd suhu bilik.. Taknak yg keras susah nak sapu atau ayam.. Tp dalam resepi oya guna atau ganti dgn olive oil sebab nak masak untuk kakak ipar dalam pantang...(resepi asal guna unsalted butter tp oya ganti olive oil utk kakak ipar dalam pantang)
Butter atau minyak dicampur dengan sedikit garam, 2 sudu lada hitam (nak lebih pun boleh), brown stock satu sudu besar, serbuk perasa kalau korang nak letak dan bahan no.3 yg ditumbuk takdi
5) perah sedikit lemon yg direbus takdi diatas ayam dan bahan no.4 di sapu pada ayam,kentang, carrot, cauliflower sehingga rata kemudian susun diatas trill pembakar
*Kalau korang masak seekor (whole) korang sumbat lemon dalam bontot ayam tu tapi jgn lupe cucuk lemon tu dengan garfu... kalau korang guna butter sumbat butter and lemon yg dicucuk dgn garfu sumbat dalam ayam
Panas oven dan masak dlm 180c to 200c dalam masa 20 minit kemudian tambah masa kalau ayam tak masak lagi.. Rasenye dah masak
No comments:
Post a Comment