divider graphics

Tuesday, November 27, 2012

Roasted chicken with baked potatoes carrot and cauliflower





Salam semua.. Hari ni nak masak ayam... Sebab banyak sangat potatoes and ade ayam yg mak beli.. So terjadi laaaa masakan ni hari ni.... Dan resepi ni buat kakak ipar saya dalam pantang... Hihihi

Oya tak letak kuantiti resepi tapi oya letak cara masak mcm dalam gambar (resepi utk seekor ayam) korang nak potong kecil boleh nak buat seekor pun boleh:

1) rebus kentang, garlic dan lemon tapi jangan sampai kentang empuk... Separuh empuk sahaja ok..kemudian tos

2) mirepoix carrot dengan cauliflower .. Besar2 sikit sebab nanti masak kecut plak!!

3)) tumbuk fresh rosmery,thyme dan garlic yg direbus takdi sehingga lumat.. Kalau takde rosmery fresh boleh guna yg kering tapi yg fresh mesti lagi sedap...

4) ambil mangkuk letak butter yg dah lembik atau lembut pd suhu bilik.. Taknak yg keras susah nak sapu atau ayam.. Tp dalam resepi oya guna atau ganti dgn olive oil sebab nak masak untuk kakak ipar dalam pantang...(resepi asal guna unsalted butter tp oya ganti olive oil utk kakak ipar dalam pantang)

Butter atau minyak dicampur dengan sedikit garam, 2 sudu lada hitam (nak lebih pun boleh), brown stock satu sudu besar, serbuk perasa kalau korang nak letak dan bahan no.3 yg ditumbuk takdi

5) perah sedikit lemon yg direbus takdi diatas ayam dan bahan no.4 di sapu pada ayam,kentang, carrot, cauliflower sehingga rata kemudian susun diatas trill pembakar

*Kalau korang masak seekor (whole) korang sumbat lemon dalam bontot ayam tu tapi jgn lupe cucuk lemon tu dengan garfu... kalau korang guna butter sumbat butter and lemon yg dicucuk dgn garfu sumbat dalam ayam

Panas oven dan masak dlm 180c to 200c dalam masa 20 minit kemudian tambah masa kalau ayam tak masak lagi.. Rasenye dah masak









Saturday, November 3, 2012

Sayur cendawan + brokoli garlic

Bahan bahan

Brokoli
Cendawan kering (direndam sampai lembut dan dipotong)
1/2 labu bawang putih dicincang lumat
1 sudu makan Sos tiram
Garam
1 sudu mkn Butter

Panas kan butter kemudian masuk garlic yg dincincang.. Tumis sampai naik bau.. Kemudian masukkan brokoli dan cendawan serta sos tiram... Masak sehingga sayur masak dan masukkan perasa.. Ok siapppp!!!!!

Daging bakar simple

500g daging
1sudu kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan perasa secukup rasa...
Satu sudu makan minyak

Gaul kan semua bahan diatas da grill di atas pemangang ajaib...

Sambal kicap

Kicap manis
1 labu bawang dimayang
3 biji cili api dimayang
Sedikit lada hitam
Garam

Sedikit sos tomato

Bahan bahan ni nak diblend sekali pun boleh atau campur dalam kicap manis sahaja bahan yg dimayang..

Lepas tu baru letak sedikit sos tomato

Udang sweet sour

Udang ni kegemaran adik adik oya... Tak tahu laaa ape yang sedap.. Maybe sebab manis manis kut

Friday, November 2, 2012

Bubur nasi

1/2 cawan beras dicuci
Garam
5 cawan air

Masak semua beras, air, dan sedikit garam di atas dapur sampainak kering air tambah lagi air panas tambah dan tambah sampai nasi jadi bubur dan pekat ... Make sure tambah air panas ok!!!

Hiasan

Telur masin
Ikan masin
Bilis
Cili api
Lobak jeruk
Kicap
Daun bawang
Bawang goreng

Masak lemak telur itik masin

Resepi ni sangat senang mudah dan ringkas .......


5 biji telur itik masin

2 tangkai cili besar*
3 4 tangkai cili api*
ibu jari kunyi hidup*
1 sudu bilis *

1 batang Serai diketuk
11/2 inci Lengkuas
2 kpg asam keping

2 gelas air

Santan (guna kara kotak kecik)
Atau santan rm2.00

Cara cara

Blend atau tumbuk sampai lumat bahan *
Kemudian panaskan air dalam periuk lepas itu masukkan bahan yg di blend atau tumbuk takdi *
Kemudian masuk kan serai, lengkuas dan asam keping...
Masukkan santan kemudian bile gelegak (betul ke eja ni) skit tuh terus pecah satu biji telur demi satu...
Before masuk perasa ... Rasa dulu.. Kalau tawar baru masuk garam.. Kalau jangan masuk sebab telur tuh dah masin ok...selamat mencube... Mwahhhhh...

Hati hati jangan sampai santan pecah nanti jadi x berlemak n tak sedap :D

Thursday, November 1, 2012

Ayam masak merah hari raya qurban

Pasta (spaghettiiii),beeff with rosmery sauce

Bahan bahan A :

Spaghetti (mark&spencer) diakui oleh shikin die kate sedap....

Minyak

Garam

Bahan bahan B :

500g daging dipotong nipis2! (Gaul dengan black peper dan garam)

1 sudu demi glassss/ brown stock

1 batang fresh rosmery

1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu besar butter

Sedikit (chopped carrot,celery dan bawang...)

Cara cara :

Rabus bahan A 11 minit (aldente)

Kemudian grill daging sampai masak letak tepi

Dalam kuali yang lain panaskan butter kemudian masukkan choppeddd carrot bawang,celery. Dan black pepppperrrr. Tumis sampai layu kemudian masukkan brown stock yg dibancuh dgn air panas dan masukkan daun rosmery... Kacau sampai sedikit pekat dan masuk kan perasa....jgn byk tkot masin sbb butter dan masin... Kemudian masuk daging grill tkdi.. Kacau dan tutup api.. Potong 3 kiub butter letak kat dlm kuah biar cair sendiri.. Lepas tu letak pasta dlm pinggan and letak laaaa sauce daging takdi kat atas ... Ok siap.....

Ayam masak sos tiram LONDON

Ehehhee resepi ni oya dapat dari umi kat london.. Umi ckp orang putih suke makan ayam ni.. So kite cube masak ayam sos tiram.. !!!

Bahan bahan A

1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan bahan B

5 sudu makan sos tiram
Sedikit halia dimayang nipis nipis
1 biji bawang besar di slice bulat
2 biji bawang putih
Sedikit lada hitam
Sedikit capsicum warna kuning, hijau dan merah ( potong ikut suke korang)
2 sudu makan Minyak goreng ayam
Garam dan perasa yg dibenarkan :D

Cara cara :

Gaul ayam dengan kunyit dan garam... Goreng separuh masak boleh nak goreng masak terus pun boleh...angkar tos dan biarkan kat tepi

Dalam kuali yg same atau kuali lain menggunakan sedikit minyak ayam takdi tumis bawang putih dan halia....kemudian masukkan lada hitam ,sos tiram dan capcicum.. Kemudian masukkan ayam.. Gaul rata .. Kalau tak cukup sos tiram masukkan lagi.. (And oya letak kicap manis sedikit sahaja...) pastu masukkan bawang besar,garam dan perasa gaul dan masak sampai bawang layu...lepas tu tutup api.. Siap dihidangkan..... :D