divider graphics

Wednesday, August 1, 2012

KitchenAid Artisan





GILE SEKEJAP TENGOK BRAND KITCHENAID NIH KAN..KALAU PERGI BANGSAR OR MANE2 KEDAI ..KALAU NAMPAK BRAND NIH...BOLEH PENGSAN










Mari mengenal HERBs orang kita guna

Di tepi pantai yang indah arrr..ku duduk seorang diri sambil menunggu kekasih hati masuk meminang..
muheheheehhehe..duk diam duk diam nak amek gambar


Selangkah due langkah..bile oya tulis resepi kat blog heheeh rupenye ramai yang tak tahu mengenai bahan bahan nih..mari belajar anak anak murid pasal herba (herbs) atau rempah ratus orang melayu dan disusuri orang putih next time. Ramai lagi yang tak tahu rempah rempah dalam masakan..kalau ikut kan memang teramat laaaah banyak kalau nak disenaraikan..tapi hari ni oya nak ajak belajar mengenal yang asas and selalu digunakan dalam masakan..semudah belajar ABC...

jeng jeng jenejejejejenggg 
mari anak anak kite kenal 4 sekawan atau 4 beradik nih..yang memang tak boleh berpisah sejak lahir
so kalau ade orang sebut,mak mertua sebut,kawan2 sebut,chef sebut 4 sekawan  atau 4 beradik nih..anda terus bayangkan ini

KULIT KAYU MANIS..MANIS MACAM OYA AHHAAH!!






Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah,berasal dari keluarga Lauracea ia di katakan berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia.

pokok kayu manis telah ditanamkan dari zaman dahulu di Sri Lanka , dan pohon juga ditanam secara komersial di Kerala di selatan India , Bangladesh , Jawa , Sumatera , dengan Hindia Barat , Brazil , Vietnam , Madagascar , Zanzibar , dan Mesir 
kulit kayu manis Sri Lanka  yang sangat tipis, halus kulit dengan warna coklat muda-kekuningan dan aroma yang sangat harum


BUAH PELAGA 


Buah pelagan(bahasa Inggeris: cardamon) merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak zaman dahulu kala. Ia digunakan sebagai perisa dalam masakan.
Masyarakat India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis. Di Timur Tengah, buah pelaga digunakan dalam minuman teh.

BUNGA LAWANG 

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina danJepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.

CENGKIH 
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok


ok sekarang kita kenal pulak 3 bahan yang dipanggil 
jintan putih, jintan manis, buah keras,ketumbar

JINTAN MANIS MACAM OYA AND JINTAN PUTIH 

Beza kedua kedua jintan ini ialah pada warna nya..jintan manis sedikit gelap dari jintan putih ..kegunaan dalam masakkan adelah lebih kurang dan kadang2 ianya digunakakn bersama dalam masakkan 

BUAH KERAS ATAU KEMIRI


Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana
Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.

BIJI KETUMBAR

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.

nanti kita belajar herbs orang putih pulak ok

MASAK LEMAK PUCUK KELEDEK & LABU ALA ALA OYA

 Hari nih ade transformasi sikit..biase orang masak pakai daun pucuk manis tuh kan..
oya tukar dengan pucuk keledek sebab tak jumpe cari daun pucuk manis tuh...
same jek..rase pun sedap ape..kalau tak caye cube laa..memang sedap..makan pulak ngan labu kan



BAHAN BAHAN

Pucuk keledek


2 biji cili besar + 5 biji cili api 
(masakan untuk orang kurang pedas mcm saye)

2 inchi kunyit hidup

*blend kedue bahan nih bersama yep



 santan cair dan ibu santan (santan pekat)

*ibu santan dimasuk last skali ok!!


campur bahan blend kedalam santan
bersama separuh genggam bilis yang di tumbuk dan kacau
(jangan buka api )

*kalau kurang kuning tambah sikit serbuk kunyit


buka api pastu 2  3 minit masuk ler labu yang dipotong kecil kecil


bila labu dah empuk masuk pucuk manis dan perasa dengan garam..

bile pucuk dah masak masuk ibu santan sedikit kacau tutup api...